UNTUK BARANGAN YANG MASIH AVAILABLE TEKAN SINI ==> AVAILABLE

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, March 29, 2011

Pakaian Bundle dan mentaliti orang ramai

Kedai menjual pakaian bundle semakin meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan (benarkah cendawan begitu?) dan mudah dilihat sama ada di tengah kota mahu pun di desa. Pakaian bundle adalah pakaian yang terpakai yang dijual semula. Kebanyakan pakaian ini diimport daripada USA, Jepun dan Thailand. Apa yang menariknya, kedai bundle dah jadi semacam kedai pakaian yang lengkap. Baju, seluar, kasut, beg, tali pinggang dan macam-macam aksesori yang ada. Tapi, terdapat perbalahan mentaliti yang kedengaran mengenai barangan bundle ini. Ada yang pro dan ada yang contra.


Kalau kita fikirkan tentang contra, pakaian bundle memang macam-macam contra dia. Ada pendapat menyatakan mengenai kebersihan pakaian (hygene). Memang betul, ada kemungkinan pakaian tue ada kuman, bakteria atau fungus siapa tahu. Membawa penyakit berjangkit atau lagi teruk boleh buat mutasi (over-react lah aku, termenung kejap teringat kat Ninja Turtle). Jadi, kalau beli tue basuh betul-betul lah. Jangan baru keluar kedai terus sebat pakai, balik rumah tukar baju tengok dah bersopak-sopak badan (minta jauh). Aku masa sekolah dulu fikir juga, buat apa beli barang bundle. Tak ada duit ke nak beli barang baru, tak ada standard lah (itu dulu yer). Tapi betul juga, pandangan orang kata macamtue ada betulnya. Kalau abang aku dulu selalu juga beli barang bundle, kadang-kadang rasa dah tak nak kawan dah dengan abang aku (kitorang bukan kawan, tapi adik beradik OK).

Tapi biasalah, manusia berubah. Sekarang aku dah besar (apa yang besar, itu kita tak tahu) dan pandangan dah berubah. Aku layan bundle macam-macam lah, tambah lagi kat area JB nie memang bersepah kedai bundle (kesihan tukang sapu sampah). Agak-agak bosan atau terlalu jew kedai bundle yang berpotensi aku singgah. Apa yang aku cari sebenarnya adalah barang bundle yang berkualiti. Cari barang bundle kena pakar (aku admit aku tak pro lagi), kena tahu tentang brand-brand nie. Banyak barang outdoor aku datang dari tempat macamnie. Kadang-kadang brand outdoor nie tak ada jual kat Malaysia, ada jual kat UK, USA dan Switzerland jew. Entah bila nak dapat barang macametue, jejak kaki pun xpernah. Jadi cari lah kat bundle, ikut nasib gak lah. Kalau ada syukur, kalau tak ada relak lah (bukan kiamat pun). Orang kat luar sana jangan la pandang pelik kat peminat-peminat bundle nie, mencari bundle nie satu macam seni lah juga. Nak cari bukan mudah, kadang ada kadang tak ada. Nak kena sabar dan rajin usaha. Tiba-tiba dapat hasil, kira kejayaan lah. Barang pun murah jew, RM10-RM20. Kalau beli kat shopping complex, cari dapat pastu bayar. Tak thrill langsung (nak thrill lagi buat sendiri).

Rujukan:http://positive-echo.blogspot.com/2010/04/pakaian-bundle-mentaliti-orang ramai.html

No comments:

Post a Comment

Barangan Lain

Related Posts with Thumbnails